Get your own Digital Clock

Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Resepi : Spageti Mamma Mia

Selalunya, kita menjamah hidangan lauk pauk pada waktu tengahari. Apa kata kita try resepi simple tapi ada gaya citarasa Itali.. Spaghetti Bolognese. Mudah dihidangkan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa saja. Selamat mencuba...

Bahan-Bahan
  • Setengah paket spaghetti / makaroni juga) - rebus ikut arahan di paket
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 4 biji bawang putih - dicincang halus
  • 3-4 tangkai cili kering - dihiris nipis
  • Setengah tiub daging/ayam cincang
  • 1 tin kecil puri tomato (jika guna tomato segar, jadikan puri dari 3 biji tomato bersaiz sederhana)
  • 2 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, letak lebih sikit)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam/sulah
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 1 sudu kecil oregano kasar (flakes)
  • Gula & garam secukup rasa
p/s : boleh jgak menambah bahan lain seperti cendawan...gubahlah mengikut selera anda..
        lagi banyak tomato segar digunakan, lagi ummpphhh... 

Cara buat kuah:

01. Tumis bawang putih & hirisan cili kering hingga keperangan dan naik bau.

02. Masukkan daging cincang. Tumis hingga agak garing.

03. Masukkan puri tomato & cili kisar. Tambahkan air. Biarkan masak hingga pecah minyak.

04. Tambahkan lada, serbuk oregano, oregano kasar, gula dan garam. Masak lagi sehingga 
kering sedikit.

05. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama daun parsli & serbuk keju parmesan (sekiranya ada).

Friday, 16 September 2011

Tip Belajar Saat Akhir

1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk


2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.


3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.


4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.


5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.


6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.


7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.


8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

Friday, 9 September 2011

Cabaran Mahasiswa Kini

Menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi adalah impian kebanyakan remaja yang bercita-cita tinggi.

Apatah lagi surat tawaran datang dari institusi pengajian tinggi (IPT) awam yang tersohor dan ternama.

Gaya hidup sebagai mahasiswa penuh prestij dan bergaya terbayang di mata. Namun, di sebalik itu semua, pernahkah terlintas di fikiran tentang kesukaran dan cabarannya?

RM... Ringgit Malaysia & Rungsingnya Mahasiswa

Secara zahirnya, bagi mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang mampu, isu kewangan adalah masalah yang paling utama. Bagi yang datang dari keluarga yang berkemampuan, wang kiriman FAMA (Father & Mother) dijadikan sumber kewangan tambahan di samping wang pinjaman PTPTN atau penaja lain.

Jika lebih bernasib baik, abang dan kakak yang telah bekerja boleh dicuit untuk membantu. Masalah kewangan adalah masalah umum mahasiswa.

Kos sara hidup yang meningkat seperti sewa rumah atau bilik, kos makanan dan minuman, pengangkutan dan kos membeli peralatan pengajian adalah congakan yang diambil kira dalam merancang perbelanjaan. Jika ada wang, nasi lengkap dengan lauk pauk menjadi pilihan. Kurang wang bererti roti dan mee segera menjadi makanan ruji.

Berat untuk diakui, tetapi itu realiti. Masalah kewangan menjadi salah satu tekanan yang berat dan memberi kesan kepada prestasi akademik mahasiswa.

Kitaran Hidup Mahasiswa

Lazimnya pengajian di universiti meliputi aktiviti-aktiviti yang rutin dan formal. Kuliah demi kuliah diikuti dengan senarai tugasan yang menyesakkan dada. Kuiz, ujian dan peperiksaan akhir adalah medan menguji sejauh mana kemampuan mahasiswa menghadam pengajian.

Bagi yang aktif sedikit akan terlibat dengan persatuan, sukan dan badan beruniform. Setidak-tidaknya untuk memenuhi keperluan markah bagi kokurikulum.

Dari sudut akademik, timbul persoalan, adakah pengajian formal yang diikuti mengikut bidang masing-masing mampu mematangkan minda dan personaliti mahasiswa?

Mampukah ilmu yang dipelajari dapat dijadikan sandaran untuk mahasiswa menempatkan diri dalam alam pekerjaan. Mengapa terdapat mahasiswa yang gagal dalam usaha mencari pekerjaan yang sesuai dan terpaksa mengambil keputusan menganggur?

Pasaran Pekerjaan : Merebut Atau Direbut

Cabaran dalam dunia global menuntut agar majikan merekrut pekerja yang benar-benar berkualiti jika ingin syarikatnya kekal dan bertahan. Kualiti mahasiswa yang diinginkan oleh majikan hari ini bukan setakat pencapaian 4.00 CGPA dan deretan keputusan 'A' bagi setiap subjek dalam transkrip akademik.

Sebaliknya kebanyakan majikan mahukan graduan yang berketrampilan, mudah menyesuaikan diri, kreatif dan kritis serta mampu berdikari. Majikan kini bukan mahukan pekerja yang taat membuta tuli dan bersikap 'yes-man'. Mereka mahu pekerja yang bukan setakat mampu bekerja tanpa pengawasan yang terlalu kerap tetapi juga mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dan wajar.

Bagaimana mahasiswa dapat memenuhi kriteria-kriteria extra-ordinary seperti ini? Pengajian formal di bilik kuliah tidak menyajikan pengetahuan seperti ini. Sekadar bergantung kepada modul-modul dan satu-dua buku rujukan tidak mencukupi untuk membentuk bakal pekerja yang berkualiti.

Belajar bersendirian dalam karel-karel perpustakaan dan tidak bercampur dengan mahasiswa lain dalam perbincangan ilmiah harus dielakkan. Menjadi 'passanger' dalam pelaksanaan tugasan berkumpulan tidak harus diamalkan.

Konsep dan teori yang membicarakan tentang ciri-ciri dan personaliti pekerja yang ideal dicatat dalam pelbagai jenis buku pengurusan. Pelbagai jenis buku motivasi membanjiri pasaran buku yang boleh dijadikan rujukan.

Namun semua itu sekadar konsep dan teori. Mahasiswa sendiri harus berusaha mengubah 'mind-setting' dengan mengubah sikap dan cara hidup. Mahasiswa harus mengubah diri dengan rajin mengetengahkan diri dalam kerja berpasukan.

Dengan bimbingan para pensyarah melalui diskusi ilmu dan makluman am secara tidak formal, mahasiswa mampu memahami bagaimana pendekatan yang sesuai untuk dirinya dalam menganalisis dan merungkai permasalahan.

Mahasiswa boleh belajar dengan para pensyarah secara tidak formal untuk berfikiran kritis dan berfikir tahap tinggi. Dengan mengambil pandangan dari rakan-rakan sekuliah, mahasiswa sudah boleh membentuk personaliti dan pendekatan komunikasi yang sesuai untuk dilihat lebih berketrampilan.

Dengan bantuan rakan-rakan sekuliah, mahasiswa boleh mengambil kesempatan belajar bahasa asing terutama bahasa Inggeris dan cuba menguasainya.

Mulakan langkah pertama untuk melaksanakannya dan menguasainya. Semua itu akan menjadi sesuatu yang 'extra-ordinary' jika anda berada dalam kedudukan calon temuduga pekerjaan bukan?

Monday, 15 August 2011

I Love You More. You?



6.00 am.

                Seorang suami mengucup dahi isterinya ketika bangun daripada lena seraya berkata, “Alhamdulillah, I’m d luckiest guy, ever. Do u know why?”. Si isteri bertanya,”Why?” Suami menjawab dengan tersenyum, “ Coz when I open my eyes every morning, I see the most beautiful creature on Earth”. Sambil menyusun atur bantal dan selimut, si isteri menjawab,”Ada2 je abang ni. Sy bukan Katherine Haigl ke, Anne Hathaway ke, Jennifer Aniston ke.” “Tak penting apa yg dunia pandang, coz in our love, pandangan saya katakan that u r the one”, ujar si suami. Mereka berdua kemudiannya berlalu, menyiapkan diri untuk solat berjemaah. Kemudian, masing-masing akan begegas untuk melakukan rutin harian. Si suami akan membanting kudrat dan idea di tempat kerja, si isteri pula memerah tenaga di rumah, ditemani anak-anak yang menyerikan keluarga mereka.

6.00 pm.
                Si suami menjengah pintu rumah dengan wajah penuh kekusutan. Lesu saja langkahnya menuju ke dapur. “Abang dah balik? Tu sy ada buat teh epal, fveret abg kan.” Sapa si isteri yang memandang tepat ke arah dua biji cawan kaca di atas meja. “Terima kasih”, ringkas saja si suami membalas. Lalu dia mencapai salah satu cawan, dan meneguk teh epal yang tersedia. Sehingga titisan terakhir. Si isteri berhenti sebentar daripada kerjanya menghiris bawang tadi. Dia menarik kerusi lalu duduk betul-betul di hadapan suami kesayangannya itu. “Nampak letih je, bang. Kalah kes ke hari ni?” Sekadar bertanya, mungkin respon wajib apabila melihat seorang suami yang juga seorang peguam berwajah sedemikian. Perlahan, si isteri menghirup teh epal dari gelas kedua, bancuhannya sama, dari sebuah teko Correll, salah satu apparatus dari set peralatan dapur yang dihadiahkan oleh si suami pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. “Pppuuhhh..”Tidak semena-mena si isteri menyemburkan teh yang dibancuhnya sendiri. “Kelatnya..saya terlupa letak gula la,bang.. macam mane abg boleh habiskan teh tu? Kenapa tak bagitahu saya?” bebel si isteri sambil menatap cawan kosong si suami. “Abang penat kerja. Awak pun penat kat rumah, layan anak-anak, masak. Takkan abang tak boleh tahan sikit rasa kelat untuk comfort isteri abang”. “Comfort tak comfort la bang, teh tu dah tak manis, takkan nak ditelan jugak?” si isteri masih membebel. “Roses are red, violets are blue, sugar is sweet, but nothing compared to you”. Dalam kekusutan yang melanda wajahnya, si suami masih sempat mengukir senyuman buat isteri tercinta.

12.00 am.

                “Anak-anak macam mana hari ni?” Tanya si suami , sambil melabuhkan pinggul ke atas katil Lorenzo yang berlapikkan cadar bercorak ros putih itu.”Ok je. Afiff tu, cikgu dia kata makin cekap Matematik. Amanda pulak tak habis-habis ajak sy tengok DVD 27 Dresses tu. Entah apa la dia suka sangat dengan cerita tu. Minat kat Katherine Haigl la kot, menurun abang la ni”. Sambil tersenyum si suami menjawab,”Saya dah tak minat dia”. Mungkin agak terkejut dengan respon si suami itu, pantas si isteri bertanya, “Aik, sejak bila pulak ni?” Si suami merangkul tangan isterinya seraya berkata,”Sejak saya ada awak dalam hidup saya”. Si isteri tersenyum lebar, tenang rasa jiwa mendengar pengakuan suaminya itu. Dengan nada suara yang perlahan dia meluahkan syukurnya,”Bukan abang yg bertuah, tapi saya. Eventhough saya yang bertuah, tetap jugak buat teh kelat kan?haha.. sori ye, saya tak sengaja”. Belum sempat si isteri mengatur kata-kata seterusnya, si suami pantas memintas, “Nothing is perfect. That’s why pencils have erasers. And no one is perfect too. That’s why you have me and I have you.”

            Demikian gambaran kitaran hidup berkeluarga, dari pagi ke petang, dari petang ke malam. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudi membaca tulisan ini akan menganggap situasi yang saya gambarkan ini sekadar fantasi.”Mana ada suami macam tu, karut lah”. “Mana ada isteri nak confess dia bertuah kat suami dia”. Tapi fikir sejenak, dalam kehidupan takkan ada fantasi kalaulah kita semua sanggup berusaha sedaya mungkin untuk jadikan setiap impian kita itu realiti. Kecualilah kuasa Kame Hame Ha dalam kartun Dragon Ball dan kuasa bulan dalam Sailor Moon, itu fantasi sekadar hidangan untuk hiburan kita seawal usia kanak-kanak.=)

            Dalam setiap watak dan perwatakan, malah dalam setiap peralatan yang saya gunakan dalam gambaran situasi di atas, ada mesej yang ingin saya sampaikan. Namun biarlah anda interpretasikan mesej-mesej tersebut dengan dimensi pemikiran anda sendiri. Cuma satu mesej yang hendak saya bincangkan. Anak sulung yang sudah bersekolah menggambarkan usia perkahwinan yang melangkaui 7 tahun. Bermakna, perkahwinan tersebut telahpun melepasi ‘krisis 3 tahun’ atau ‘krisis 5 tahun’ yang telah dibincangkan dalam filem Killers, sebuah nukilan bergenre komedi romantis yang dibintangi oleh Ashton Kutcher dan Katherine Haigl. Mungkin anda akan mempersoalkan, mana mungkin kehangatan kasih sayang masih dirasai oleh sang suami selepas begitu lama berkahwin. Maka hayatilah serangkap lagi kata-kata si suami kepada isterinya, sambungan dari dialog di atas, “Yeah, that’s why you have me and I have you. I love you now more than the 1st time we met. I love you now more than the time when I proposed you. Do you know why? Sebab once we’re married, maknanya tiada batasan antara kita. Dan bila mana tiada batasan antara seorang lelaki dan perempuan, tiada batasan jugak untuk cinta lahir dalam hati”. Maka tulisan ini bukanlah pesanan yang terlalu awal buat anda yang berusia 17 tahun, 19 tahun, 20 tahun. Sekadar ingin mengutarakan idea yang kalaulah anda tidak berpacaran sekarang, jangan pernah rasa kekurangan atau kesepian. Sebab akan tiba satu waktu yang telah Allah tentukan dan Dia beri tanggungjawab kepada anda ketika itu untuk membenihkan rasa cinta dan kasih sayang sebanyak-banyaknya. Dan buat anda yang sudah berteman, tidak pernah terdetik untuk saya mengkritik hubungan anda mahupun menyatakan bahwa hubungan itu ada cacat celanya, Cuma saya berharap, jadilah pemimpin yang baik kepada setiap perhubungan, bukan pengikut yang patuh pada hubungan yang menyesatkan. Jangan biarkan anda dan orang tersayang anda leka, kerana kalaulah anda leka sekarang, mungkin apabila tanggungjawab itu datang, anda akan gagal memberi benih yang baik untuk kasih sayang. Maka dalam perhubungan, jadikan Dia yang pertama manakala dia yang kedua. Bukan mahu mengajar anda itu dan ini, sekadar menyempaikan pesan buat seisi pembaca dan diri penulis sendiri. Kerana saya juga pernah mempunyai hubungan yg saya ingin lanjutkan kepada hubungan yang mempunyai akad dan ikatan yg sah.  Namun benar kata Allah, “kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah jauh lebih besar.” =) Mungkin ada cacat cela yg banyak dalam perancangan saya itu, namun sejarah itu Allah datangkan untuk saya belajar mendepani hari muka dengan lebih berhikmah.

Wednesday, 10 August 2011

Senarai Link Untuk Driver Laptop/Kom


Berikut adalah senarai website bagi kebanyakan pengeluar perkakasan / komponen komputer yang ada dipasaran. Diharap senarai ini dapat membantu sekiranya anda ingin mencari driver yang berkaitan…
 
CLUB 3D
http://www.club-3d.nl/support
ECS (Elitegroup Computer Systems)
http://www.ecs.com.tw

 
Foxconn
http://www.foxconnsupport.com

NVIDIA
(juga display drivers untuk ALBATRON, ASUS, BIOSTAR, Elitegroup Computer Systems, EVGA, FORSA, Foxconn, Gainward, Galaxy, GIGABYTE, InnoVISION, KFA2, LEADTEK, MSI, PALIT, PNY, Point of View, SPARKLE, ZOTAC International (MCO) Limited)
http://www.nvidia.com

 
Seagate / Maxtor
http://www.seagate.com

 
SiS (Silicon Integated Systems)
http://www.sis.com

 
VIA Technologies
http://www.via.com.tw

 
Western Digital
http://support.wdc.com

10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
10. Joseph Estrada, Filipina (1998- 2001),USD 78 - 80 Million.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
9. Arnoldo Aleman, Nicaragua (1997-2002),USD 100 Million.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
8. Pavlo Lazarenko, Ukraine (1996-1997),USD 114 - 200 Million.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
7. Alberto Fujimori, Peru (1990-2000),USD 600 Million.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
6. Jean- Claude Duvalier, Haiti (1971-1986),USD 300 - 800 Million.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
5. Slobodan Milosevic, Serbia/Yugoslavia (1989-2000)USD 1 Billion.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
4. Sani Abacha, Nigeria (1993-1998),USD 2 - 5 Billion.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
3. Mobutu Sese Seko, congo (1965-1997),USD 2 - 5 Billion.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
2. Ferdinand E Marcos, Filipina (1972-1986),USD 5 - 10 Billion.

 10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia
1. Soeharto, Indonesia (1967-1998),USD 15 - 35 Billion.

Thursday, 4 August 2011

Suami Idaman Wanita


Isteri adalah untuk dikasihi dan disayangi dengan penuh kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa. 

Setiap hari ada sahaja kisah menyayat hati para isteri yang didera si suami didengari dan tertulis di akhbar. Ada antara mereka yang dilanda trauma yang teruk, didera, dipukul, disepak terajang dan banyak lagi. Sesetengah para suami yang menjadi kaki dera ini beranggapan si isteri layak 'diajar' sedemikian rupa agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ada juga antara para suami yang menjadi kaki dera kerana telah berasa bosan dengan isterinya yang dianggap tidak menarik lagi dan sebagainya. Malah ada juga yang cuba mencari 'syurga' diluar dengan berlaku curang terhadap isterinya.
Apabila banyak kisah sebegini dipaparkan di dada akhbar dan majalah, semakin ramailah wanita takut untuk mendirikan rumah tangga dan berkahwin kerana mereka khuatir sekiranya hubungan mereka itu juga akan berakhir dengan kisah tragis didera suami atau dicurangi suami .
Persoalannya, adakah ini salah lelaki yang bergelar suami yang tidak tahu menghargai para isteri ataupun salah para isteri yang tidak pandai melayan hati suami?
Lebih baik kita usah menunding jari antara satu sama lain. Baik para suami mahupun para isteri masing- masing tidak patut dipersalahkan . Sekiranya para suami dan isteri sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai suami-isteri seperti yang telah digariskan didalam Al-Qur'an dan As-sunnah sudah tentu tidak akan timbul kes-kes penderaan isteri dan kes-kes curang terhadap pasangan masing-masing.
Banyak kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang dapat para suami jadikan contoh dalam melayari kehidupan berumah tangga agar rumahtangga sentiasa harmoni dan diredhai Allah s.w.t

 Kerana Sifat Al-Amin, Siti Khadijah terpikat
Rasulullah s.a.w telah digelar dengan gelaran Al-Amin oleh para penduduk Kota Mekah kerana beliau telah diberi amanah oleh para pemuda Quraisy ketika isu untuk meletakkan Hajar Al-Aswad timbul. Baginda telah diberikan amanah tersebut kerana seluruh Kota Mekah mengenali baginda dengan sikap baginda yang amanah dan boleh dipercayai.
Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, Abu Thalib telah menolaknya dan Abu Thalib berkata :
"Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaannya. Dia berpesan supaya mencarikannya seorang lelaki yang jujur dan dapat dipercayai. Ayah tidak nampak orang lain selain kamu, wahai Muhammad."
Agak-agaknya apakah ciri-ciri orang yang boleh dipercayai yang dimaksudkan Siti Khadijah r.a? Antaranya adalah mempunyai tutur kata yang baik, amanah, jujur serta tidak berbohong.
Wahai para suami dan lelaki diluar sana adakah sukar bagi anda semua untuk mempunyai ciri-ciri murni seperti yang diatas? Sekiranya sukar, muhasabahlah kembali diri anda mengapa ianya menjadi sukar sedangkan ia tidak mustahil untuk dipraktikkan. 

Keberanian dan ketulusan Saidina Ali r.a
Dua sahabat terkemuka iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah cuba meminang Fatimah, namun pinangan mereka ditolak dengan baik oleh Rasulullah.
Namun yang akhirnya bernikah dengan Saidatina Fatimah adalah Saidina Ali r.a.
Apakah yang menyebabkan Saidina Ali r.a dipilih oleh Rasulullah s.a.w sebagai menantu baginda? Jelas Rasulullah s.a.w memilih Saidina Ali r.a sebagai menantu baginda kerana sifat keberanian yang terselah dalam diri Saidina Ali r.a. Sejauh manakah keberanian Saidina Ali r.a yang telah menyebabkan beliau dipilih oleh baginda Nabi menjadi menantu baginda? Antara keberanian Saidina Ali r.a sebelum perkahwinan beliau dengan Siti Fatimah r.a lagi, Saidina Ali memang sentiasa berdamping dengan Rasulullah s.a.w. Akhirnya, beliau sendiri berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan menyatakan hasrat beliau untuk mengahwini Saidatina Fatimah r.a.
Berlainan dengan para lelaki zaman sekarang yang hanya berani dan rapat dengan keluarga bakal mertua ketika sebelum berkahwin dengan bakal isteri sahaja. Apabila sudah berkahwin, keluarga mertua sering dilupakan dan tidak diziarahi seperti sebelumnya. Malah ada para isteri yang tidak dibenarkan melawat keluarganya apabila sudah berkahwin.

 Keikhlasan cinta Abu Salamah
Abu Salamah merupakan saudara susuan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan sepupu Khalid al-Walid, yakni Hindun binti Abu Umayyah atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.
Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang sangat cantik, mulia, terhormat dan bijaksana. Cintanya kepada Abu Salamah terlalu besar. Abu Salamah merupakan seorang pahlawan Islam yang berani dan terbilang, beliau sering tercedera ketika berjuang di medan peperangan. Setiap kali Abu Salamah tercedera, Ummu Salamah akan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk merawat suaminya yang tercinta.
Namun, telah ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan. Abu Salamah pergi meninggalkan Ummu Salamah ketika luka lamanya semasa perperangan berdarah kembali. Saat-saat sebelum pemergian Abu Salamah, Ummu Salamah berkata :
"Kandaku sayang! Dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga dan isterinya tidak menikah lagi, maka Allah mengumpul mereka kembali ke alam syurga. Maka berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi, seandainya dinda pergi dulu. Dinda juga akan berjanji akan tidak menikah lagi andai kanda pergi dulu.
Abu Salamah memang mencintai isterinya, dan mengharapkan wanita solehah, secantik dan sebijak isterinya dimiliki oleh seorang yang lebih baik darinya. Dalam tenat berbicara, Abu Salamah membuat keputusan yang terbaik buat isterinya.
"Mahukah dinda taat kepada kanda?' kata Abu Salamah.
"Sudah tentu wahai kekasihku," jawab Ummu Salamah.
"Berjanjilah, jika kanda pergi terlebih dahulu, maka menikahlah lagi," pinta Abu Salamah. Ummu Salamah terkedu, air matanya bercucuran hiba.
"Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik daripadaku yang tidak akan membuatnya sedih dan menyakitinya," doa Abu Salamah dalam kepayahan.
Abu Salamah berdoa untuk isterinya sebelum dia meninggal dunia, agar isterinya memperoleh kebaikan yang tak terhingga tatkala dia menutup mata.
Demikianlah keikhlasan cinta seorang suami kepada isterinya, memikirkan yang terbaik untuk isterinya, dan akhirnya, Ummu Salamah bernikah dengan Rasulullah s.a.w 

Romantis ala Rasulullah
Sebut perkataan romantis pasti ada antara kalian yang membayangkan romantis jiwang seperti yang selalu dipaparkan didalam drama atau filem-filem cinta. Namun romantik ala Rasulullah berbeza dengan gambaran romantis yang digambar kan didalam drama mahupun filem-filem cinta. Romantik adalah penghubung kemesraan dalam berumahtangga. Pernah suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w keluar menyambut salam dari sahabatnya, dan sahabatnya melihat tangan baginda terdapat tepung. Rupa-rupanya ketika itu baginda sedang membantu isterinya menguli tepung didapur.
Rasulullah s.a.w juga cukup romantik ketika menegur isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah memasak sesuatu, dan menjemput baginda nabi merasainya. Saidatina Aisyah bertanya tentang masakannya. Lantas, Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Aisyah. Tahulah Aisyah mengenai masakannya itu.
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya".
"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

******************************
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah hidup bersuami isteri yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda untuk dijadikan contoh dan teladan buat para suami masa kini agar sentiasa berhemah dan berhikmah dalam menguruskan keluarga dan rumah tangga.
Kepada para suami dan para lelaki yang bakal menjadi suami, bangkitlah menjadi lelaki yang berkualiti bukan lelaki yang dibenci oleh wanita dan Allah s.w.t.

Monday, 1 August 2011

Kemeriahan Bulan Ramadhan Di Kelantan




KOTA BHARU, 31 Julai: Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang. Persiapan akhir di Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sedang dijalankan sejak pagi tadi. Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.

Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.

Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.

Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.

Bagi pemimpin kerajaan negeri dan PAS, Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain memandangkan program tadarus al Quran diadakan di setiap kawasan parlimen.

Selain itu mereka juga perlu menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Mohammad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan selepas solat Zohor.

Tazkirah dimulakan pada 1 Ramadan dan dijangka dilancarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut dijadual menyampaikan tazkirah tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Dua anggota Exco yang bukan lulusan bidang pengajian agama iaitu Abdul Fattah Mahmood (optometrist) dan Che Abdullah Mat Nawi (kewangan) juga dijadual menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Manakala program tadarus al Quran dimulakan pada 2 Ramadan akan diadakan di kawasan parlimen Ketereh bermula solat Asar sehingga waktu iftar.

Program itu akan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program serupa diadakan di kesemua 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Kemuncaknya program tadarus al Quran akan diadakan pada 17 Ramadan di Bukit Bunga, Jeli. Sempena program itu ceramah Badr al Kubra juga diadakan.

Di Qaryah Ramadan pula pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama’i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.

Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Perasmian Qaryah Ramadan dijangka diadakan pada 4 Ramadan selepas solat Tarawih oleh Menteri Besar.

Himpunan Remaja Ramadan

Himpunan Remaja Ramadan pula diadakan pada petang 5 dan 15 Ramadan. Majlis khatam al Quran 30 juzuk dijadualkan pada 13 Ramadan
.
Di Qaryah Ramadan juga akan diadakan ceramah Nuzul al Quran pada 17 Ramadan disampaikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.

Tahun ini juga diadakan program Sehari Celik IT dan program Skor A bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan, pagi 20 Ramadan.

Pada malam hari sama diadakan ceramah pengkisahan Badar Kubra akan disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Speaker Dun Kelantan dan wakil Palestin.

Kelainan juga dapat dirasakan apabila pelbagai sepanduk meraikan kedatangan Ramadan boleh dilihat di merata tempat di Kelantan sejak seminggu lalu.

Sementara itu bandar Kota Bharu mengalami kesesakan lalu lintas begitu teruk pada Khamis, Sabtu lalu dan hari ini.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit pada hari biasa bertukar kepada lebih sejam.

Sunday, 31 July 2011

Jom Kenal Kamal Attartuk


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin .


Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.


Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.


Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai
    dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan 
    seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak
    cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang 
    unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka 
    diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya 
    mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan 
    untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang 
      askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut 
      menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan 
      yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.


Antaranya ialah: 
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada 
    bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk 
    meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .


Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Panorama SMA Yayasan Khairiah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More