Get your own Digital Clock

Friday 5 August 2011

Isu Hangat : Arak Halal

Sekarang ini banyak di restauran Arab mahupun restoran biasa, menjual beer tanpa akohol ini. Rupa bentuk botolnya dan pelekatnya adalah sama dengan beer berakohol. Namun apa hukumnya minum beer tanpa akohol ini? Umumnya orang melayu akan mempertikaikan nama beer itu digunakan, jika begitu bgaimana dengan root beer dan ginger beer yang biasa kita minum.


Utusan Malaysia, 8 Mei 2009 ada menyiarkan tentang maklumat ini;
Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Dalam kenyataan yang sama ada menyebut;

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Gambar disiarkan oleh Utusan Malaysia menunjukkan orang ramai mencuba beer tanpa alkohol


Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-
a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.

b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.

c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.
Saya juga mendapat maklumat bahawa minuman bergas pun mempunyai kandungan alkohol yang sedikit yang dimaafkan oleh Majlis Fatwa negara kita.

Ahmad Jalaini Abdul Ghani ada menulis;
Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.

Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.


Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.


DS Najib masa perlancaran arak halal ini pun nampak macam ragu-ragu nak minum, (agak aje)

Jadi jangan jadikan minuman itu sebagai isu, fokus kepada isu sebenar yang di utara dalam perbincangan kita soal-soal kepimpinan ulama.

Saya dulu pernah berhujah dengan seorang ustaz yang pakar dalam bidang ini mengenai minyak wangi beralkohol. Saya tanya beliau mengenai macam mana proses alkohol, asid karbosilik, ester (wangian daripada buahan-buahan misalnya durian) saling bertukar dalam rantaiannya CCH4. saya tanya dia bagaimana dengan cat rumah dsbnya. Sehingga beliau tak terjawab.

Saya berpendapat alkohol dalam minyak wangi tidak haram, tetapi saya tidak menggunakannya kerana saya mengambil jalan yang lebih selamat.

Soal minuman ini soal yang kilas, tapi yang lebih besar patut diperbahaskan ialah soal rokok. Tok Guru Nik Aziz kata haram. Wan Ji juga ada menulis, sila baca di sini http://g-82.blogspot.com/2010/03/sakit-jantung-disalahkan-bagaimana-pula.html (kredit kepada laman Penembak Babi sekali lagi atas artikel dan beberapa gambar http://penembakbabi.blogspot.com/ )




Petikan Tulisan Wan Ji;

Cuba bayangkan, apabila berlaku satu kematian, tidak disebut punca kematiannya kerana jantung, sebaliknya disebut berpunca hisap rokok. Mungkin ramai yang akan berhenti dari menghisap rokok, tanpa dihabiskan beribu-ribu ringgit, malahan jutaan ringgit untuk diadakan kempen cegah rokok.
Pun begitu, apabila sebab kematian disebut kerana sakit jantung, maka hadirlah kawan-kawan dan kaum kerabat untuk berziarah, yang kadangkala mulut mereka berkepul-kepul asap keluar. Sambil berbincang tentang si mati, sambil asap rokok kelihatan keluar dari tiupan bibir.
Inilah yang dimaksudkan dengan sebab dan punca. Ramai yang suka berbicara tentang sebab, tetapi amat kurang berfikir tentang punca. Dalam kes yang diceritakan di atas, sebab kematian adalah sakit jantung, punca kematian adalah menghisap rokok.
Tanpa punca, mungkin sebab tidak akan wujud. Tanpa hisap rokok, mungkin sakit jantung tidak berlaku. Ini merujuk kepada cerita yang di atas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Panorama SMA Yayasan Khairiah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More