Sekarang
ini banyak di restauran Arab mahupun restoran biasa, menjual beer tanpa
akohol ini. Rupa bentuk botolnya dan pelekatnya adalah sama dengan beer
berakohol. Namun apa hukumnya minum beer tanpa akohol ini? Umumnya
orang melayu akan mempertikaikan nama beer itu digunakan, jika begitu
bgaimana dengan root beer dan ginger beer yang biasa kita minum.
Malaysian
Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi
pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal
membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Dalam kenyataan yang sama ada menyebut;
"Minuman
tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan
ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya
bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Gambar disiarkan oleh Utusan Malaysia menunjukkan orang ramai mencuba beer tanpa alkohol
Istak
dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam)
paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan
di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Sila rujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm&arc=hive untuk maksud yang lebih detail.
Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-
Saya juga mendapat maklumat
bahawa minuman bergas pun mempunyai kandungan alkohol yang sedikit yang
dimaafkan oleh Majlis Fatwa negara kita.
b)
A fermented beverage brewed by traditional methods that is then
dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5
percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a
method in which the fermentation process is either circumvented or
altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no
more than 0.01 percent.
Ahmad Jalaini Abdul Ghani ada menulis;
Jika
berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol
sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula
“Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang
meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.
Berdasarkan
laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf
Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti
kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap
mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.
Al-Qaradawi
mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or
0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi
“International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia
dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan
mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut
terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic
conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di
dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk
menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu
dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran
pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.
Fatwa tersebut
telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan
daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang
mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.
Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.
Biasalah
masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan
beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?),
tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan
suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.
Jadi
jangan jadikan minuman itu sebagai isu, fokus kepada isu sebenar yang
di utara dalam perbincangan kita soal-soal kepimpinan ulama.
Saya
dulu pernah berhujah dengan seorang ustaz yang pakar dalam bidang ini
mengenai minyak wangi beralkohol. Saya tanya beliau mengenai macam mana
proses alkohol, asid karbosilik, ester (wangian daripada buahan-buahan
misalnya durian) saling bertukar dalam rantaiannya CCH4. saya tanya dia
bagaimana dengan cat rumah dsbnya. Sehingga beliau tak terjawab.
Saya
berpendapat alkohol dalam minyak wangi tidak haram, tetapi saya tidak
menggunakannya kerana saya mengambil jalan yang lebih selamat.
Soal
minuman ini soal yang kilas, tapi yang lebih besar patut diperbahaskan
ialah soal rokok. Tok Guru Nik Aziz kata haram. Wan Ji juga ada menulis,
sila baca di sini http://g-82.blogspot.com/2010/03/sakit-jantung-disalahkan-bagaimana-pula.html (kredit kepada laman Penembak Babi sekali lagi atas artikel dan beberapa gambar http://penembakbabi.blogspot.com/ )
Cuba bayangkan, apabila berlaku satu kematian, tidak disebut punca kematiannya kerana jantung, sebaliknya disebut berpunca hisap rokok. Mungkin ramai yang akan berhenti dari menghisap rokok, tanpa dihabiskan beribu-ribu ringgit, malahan jutaan ringgit untuk diadakan kempen cegah rokok.
Pun begitu, apabila sebab kematian disebut kerana sakit jantung, maka hadirlah kawan-kawan dan kaum kerabat untuk berziarah, yang kadangkala mulut mereka berkepul-kepul asap keluar. Sambil berbincang tentang si mati, sambil asap rokok kelihatan keluar dari tiupan bibir.
Inilah yang dimaksudkan dengan sebab dan punca. Ramai yang suka berbicara tentang sebab, tetapi amat kurang berfikir tentang punca. Dalam kes yang diceritakan di atas, sebab kematian adalah sakit jantung, punca kematian adalah menghisap rokok.
Tanpa punca, mungkin sebab tidak akan wujud. Tanpa hisap rokok, mungkin sakit jantung tidak berlaku. Ini merujuk kepada cerita yang di atas.
0 comments:
Post a Comment