SAMA-sama lah kita ingat-mengingati sebab kita tidak lepas dari melkukan DOSA...
"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang
yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala
itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu
(di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di
kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan
apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di
dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat
handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan
sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat
serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di
malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita. Lilin-lilin yang
menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit
yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita
mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya
amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan
daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak
bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Ingatlah ayat al-Quran bagi
mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:
"Ya Tuhanku,
kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh
terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat
99-100)
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai
saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari
penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut
kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian
pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
Posted in: Addin
0 comments:
Post a Comment