Aku terbaca salah satu maksud ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!
“Dan
nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga
orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki
dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada
mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha
Mengetahui (QS Annur :32)
Merupakan suatu perintah Allah agar
segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan
seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah
swt sendiri akan memampukan kita.
Andai kita belum yakin dengan
ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan
kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang
bermaksud:
“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus
Dari
Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di
beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu
memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi
penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya”
(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur
Al Mantsur.
Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu
kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu
perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu
kekayaan".
Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)
Apa
lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan
yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai
tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai
jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka
yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah
saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda
merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa
mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak
segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan
dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
Ibnu
Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari
usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah
dalam keadaan masih bujang"
Sahabat-sahabat sekalian,seandainya
mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang
dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang
menyuruh bernikah berbunyi:
Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku
berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri
Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai
abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan
muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa
lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "
"Wahai
golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan
iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia
berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan
menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia
berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)
Seandainya
kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah
yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak
mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa
lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan
tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat
hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk
dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .
Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"
Lantas
di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera
bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan
bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang
mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !
Dan
carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah
yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat
Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu
figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi
keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada
Allah SWT.
Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya
harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada,
firman Allah
“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya
ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar
kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu
rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)
Posted in: Addin
0 comments:
Post a Comment