Get your own Digital Clock

Wednesday, 10 August 2011

Kek Lapis Sarawak Haram?

KUCHING 3 Ogos – Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.

Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.

Artikel 2 :

Peralatan kek lapis guna bahan tidak halal perlu disamak

KUCHING 3 Ogos — Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega Golden Churn Creamy Butter yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman (gambar) berkata, pembersihan tersebut atau “menyamak” perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.


“Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal.

Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.

Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

“Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain. Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Panorama SMA Yayasan Khairiah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More